BKnphdL59tuQf6DBtkf14Wj9Rb8 DeLiMa ZamRuD

Wednesday, 17 April 2013

Anugerah Biasiswa Seni Kulinari SSiC

As Salam kawan2 lama aku tak update blog kan adehhhhh bz sgt2 sekarang nie.. Moga2 korang xjemu lah dtg ek ke blog kecil D5 nie.. Nnt biler dah ok ckit D5 akan update kan blog nie balik ek ngan resepi2 yg best hehehhe... Kali nie D5 nk berkongsi sama korang tentang tawaran terbaru dr Silverspoon International College  .  Mungkin ada antara korang yg berminat kan sila lawati laman web rasmi SSiC ok..  Di sini aku serta kan detail2 tentang Anugerah biasiswa seni kulinari SSiC ek tuk pengetahuan dan rujukkan k. Xrugi kalau korang yg berminat dengan kulinari belajar disini tau sbb tenaga pengajar nyer mmg berpengalaman dan peralatan pembelajaran yg lengkap seolah2 korang berada di dapur hotel 5 bintang gitu mmg best xcaya tgk sendiri k.... Xlupe juga aku nk jemput korang datang ke restoran aku yg baru dibuka Restoran Resepi Warisan dekat dengan Giant Seri Kembangan datang ler beramai k mekasih :D..... Jom kiter lihat detail2 tentang anugerah nie k...




ANUGERAH BIASISWA SENI KULINARI SSiC

Dalam komitmen kami menyediakan peluang-peluang pendidikan berasaskan kemahiran kepada anak-anak bangsa, Silverspoon International College (SSiC) dengan besar hati menawarkan biasiswa pengajian kepada pemohon-pemohon yang layak untuk mengikuti kursus Seni Kulinari (Culinary Arts) peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2 selama setahun yang akan bermula pada awal bulan Mei 2013 ini.
Melalui biasiswa penuh ini, calon-calon yang terpilih akan berpeluang untuk membangunkan potensi penuh mereka melalui kemahiran seni kulinari yang bakal dipelajari demi memenuhi aspirasi mereka untuk menjadi seorang Chef yang berjaya serta menyumbang ke arah pembangunan bangsa dan Negara.

Tujuan:

• Membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 & 2).

• Memberi peluang ke-2, bagi mereka yang gagal untuk mendapat tempat di IPTA walaupun mempunyai syarat yang cukup ataupun yang pernah gagal di peringkat persekolahan dahulu.

• Dengan kemahiran yang bakal diperolehi, pihak SSiC akan cuba memastikan bahawa setiap graduan akan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, seterusnya menurunkan kadar pengangguran di Malaysia.

Biasiswa Seni Kulinari ini merangkumi:

• Yuran Pengajian selama 1 tahun
• Hostel/penginapan disediakan
• Latihan Industri di hotel 4 dan 5 bintang

Kelayakkan:

• Warganegara Malaysia sahaja
• Berumur antara 16 tahun – 45 tahun
• Sekurang-kurangnya lulus PMR/SPM/STPM
• Minat yang mendalam dalam bidang Seni Kulinari
• Aktif dalam ko-kurikulum serta mempamerkan sifat 
kepimpinan yang tinggi
• Sihat tubuh badan
• Berupaya menanggung kos sara hidup sendiri sepanjang 
tempoh pengajian

Berminat? Sila hadirkan diri ke sesi temuduga seperti yang tertera di bawah:

Tarikh: 20hb April 2013 (Sabtu) 
Masa: 9am – 1pm
Tempat: Silverspoon International College 
No. 12-12a, Jalan OP 1/3, One Puchong Business Park
Off Jalan Puchong, 
47160, Puchong
Selangor

PENTING: Sila bawa bersama:

• Sijil-sijil persekolahan/akademik (PMR/SPM/STPM)
• Sijil Berhenti Sekolah 
• Salinan kad pengenalan pemohon dan Ibu/Bapa/Penjaga
• Salinan Sijil Kelahiran/Surat Beranak 
• Salinan Slip Gaji Ibu/Bapa/Penjaga
• 2 keping gambar berukuran passport
• Salinan Penyata Akaun CIMB pemohon (jika ada)
• Bil utiliti (Tenaga Nasional Berhad/SYABAS atau sepertinya)

Nafisz Daniel
Corporate Affairs and Communications Executive
Silverspoon International College
No 12-12A, Jalan OP 1/3, 
One Puchong Business Park,
Off Jalan Puchong,
47160 Puchong,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Mobile : + 6 019-217-1094
Tel: +6 (03) 8075-9923
Fax: +6 (03) 8076-9953


Hah tgk tu dapur tempat blaja best kan fuhhhh aku pun nk hehhehe...


Ok kawan2 kalau sesape yg berminat sila datang sendiri ke Silverspoon International College, jumpe lagi kawan2 daaaaaaaaaaaaaaaaaa....





Sunday, 24 March 2013

Barli Lemon ..

Hai kawan2 ari nie xde resepi special aku nk kongsi ngan korang just nk kongsi camne nk buat air barli lemon je.. Aku buat air nie sbb nk buang kan panas badan n bg tenaga ckit sbb aku nk makan pun xbape nk lalu dek kerna demam yg melanda nie hah.. Aku nk buat air barli je buat kawan aku nia hah bising duk suruh tambah lemon kate nyer sedap ermmmm mmg pun hehhehe leh gak kurangkan rasa pahit lidah aku nie sekali :).. Jom lah layan resepi nyer ek xllarat lah nk taip byk2..


Ermm dek kerna demam aku minum suam2 ler kalau korang nk tambah ais pun sedap juga :).

Bahan2

1 Paket barli (yg harga 60sen cop burung layang2)
3 liter air
Secubit garam
2 -3 titis sirap (kalau nk letak lah bg kaler pink ckit)
Gula batu secukup rasa
2 biji lemon (Ambil jus dia)

Cara2 nk Masak


Basuh barli dan masukkan dalam periuk dengan air dan didihkan. Bila dah mendidih kecil kan api dan masak sehingga barli cukup kembang dan lembut. Bila barli dah masak masukkan gula batu, sirap dan juga garam kacau rata dan masak seketika sehingga gula batu hancur. Bila semua rasa dah cukup tutup api dan masukkan jus lemon kacau rata. siap tuk dihidangkan. Boleh disimpan didalam peti ais.


Hehheh biler dah xde idea camnie ler air barli pun aku nk masukkan dlam blog kan eekkekkekkek...


Air barli nie elok tuk buangkan panas badan dan sesuai ler tuk demam2 nie, selain tu air barli juga boleh tuk melawaskan kencing dan membantu sistem perhadaman dan juga byk vitamin dan mineral, air barli juga boleh merendahkan tahap kolestrol tambahan lg aku mmg suker pun minum nyer. 


Ok kawan2 selamat mencuba daaaaaaaaaaaaa....