Saturday, 23 February 2013

Ayam Masak Merah

As salam sumer ari nie aku nk kongsi sama korang resepi ayam masak merah.. Aku makan ayam masak merah nie ngan nasi tomato so nnt aku akan kongsi ler resepi Nasi tomato ngan korang lak ek.. Aku masak ayam nie malam td but saje je aku post kan n3 nie ari nie hehheheh maklum lah biler big M datang melanda kan korang paham2 je lah kan ekkeke.. Ayam masak merah nie kiter leh makan ngan apa2 pun kan nk makan ngan nasi lemak pun boleh Nasi tomato pun boleh nk makan ngan nasi putih pun xde hal punyer. Selain tu masakkan nie pun mmg forfular masa kenduri kendara kan.. Ermmm xtau dah aku nk tulis ape so jom ler kiter layan resepi nyer pulak k...


Ermmm menarik kan, mmg pebret aku ayam masak merah nie...

Bahan2


1 kg ayam (dibersihkan dan digoreng setengah masak)
1 biji bawang besar (dimayang bulat)
4 biji cili api (untuk hiasan)
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang serai (dititik)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 keping asam keping
1 biji tomato (dibelah 4)
1 mangkuk air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak tuk menumis (aku guna minyak goreng ayam)

Bahan kisar


1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
20 biji cili kering (direbus)
Sedikit air
( semua bahan dikisar halus seperti dalam gambar)

Cara2 Nk Masak


Panas kan minyak dan masukkan bunga lawang,bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga masak sampai naik bau, pastu aku angkatkan supaya rasa dia xterlalu kuat nnt. Kemudian masukkan bahan kisar dan 1 mangkuk air masakkan sampai naik minyak dan agak keing serta cili betul2 masak.



Bila bahan kisar dah betul2 masak masukkan gula,garam,sos cili,sos tomato,asam keping dan juga serai yg dititik, kacau rata dan sesuai kan rasa nyer ok..



Biler semua rasa dah ok dan secukup rasa (ikut citarasa korang lah ek) masukkan ayam, cili api (kalau ade kacang peas lg best), bawang mayang dan tomato kacau rata dan biarkan sekejap. Bila semua bahan dah disaluti tutup api dan siap tuk dihidangkan..


Hah dah siap pun ayam masak merah ermmmm yummy yummy kan ..


Kalau korang nk tau aku makan ngan Nasi tomato nie ler ermmm best tau sesekali makan camnie..


Ok kawan2 mudah kan nk masak nyer so ape lg jemput ler cuba resepi nie k daaaaaaaaaaaaaa...






39 comments:

  1. Memang sesuai betul makan dengan nasi tomato tu Delima....sedap!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu Amie, ayam masak merah nie sesuai makan ngan ape je kan :D.. Thanks Amie..

      Delete
  2. Terliurnya...bila le boleh buat..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyma bila2 pun boleh buat punyer hehheh nnt cuba ek mudah je :D...

      Delete
  3. harini saya nk try.harap2 menjadi cantik mcm u buat tu.nyammm.xsabarnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi cuba resepi D5 , D5 doa kan semoga berjaya k :D

      Delete
  4. Hari ni last berbuka. Saya try bt ayam masak merah ijut resepi awak. Cuma beza saya guna cili bo. Takde cili kering. Huu.. 1st time masak ayam masak merah. Craving gla. Jap g after berbuka. Hopefully jadi la. 1st time kan. Huu. Tq k ;)

    ReplyDelete
  5. Hari ni last berbuka. Saya try bt ayam masak merah ijut resepi awak. Cuma beza saya guna cili bo. Takde cili kering. Huu.. 1st time masak ayam masak merah. Craving gla. Jap g after berbuka. Hopefully jadi la. 1st time kan. Huu. Tq k ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dik sudi cuba resepi nie :D.. Selamat berbuka n selamat hari raya aidilfitri ek :D...

      Delete
  6. Waa! Nak try. Macam best jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siler2 Reema, thanks sudi cuba resepi D5 :)

      Delete
  7. nk try buat..hihi penangan org bujang buat mintak2x jadi tq syer resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yw....Hehhehe senang jer buat nyer, org bujang pun boleh buat hehhehe ..... :D..

      Delete
  8. Nampak blog ini bila saya cari resipi untuk ayam masak merah. Saya sudah cuba banyak resipi tapi belum temui satu yang ada oooomph! Gambar ayam ini nampak sedap betul. Bila dah cuba, boleh tak saya letak kat blog saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Vi Vian Woo, Thanks sudi cuba resepi D5 :D...

      Delete
  9. Sy da try wt memg jdik. Thnks sudi sher resepi...

    ReplyDelete
  10. Sy da try wt memg jdik. Thnks sudi sher resepi...

    ReplyDelete
  11. Tengah hari ni sy nak try ikut resipi ni..nmpk sedap sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Su Faz sudi cuba resepi D5 :D....

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Tuk 5-7 org mkn klu normal heheh klu berulang mungkin kena buat lg byk kut dear :D... selalu nyer sekilo beras leh mkn dlm 10 org...

      Delete
  14. saya da cuba resepi akak...alhamdulillah..menjadi n sgt2 sedap♡♡♡ 1femly saya sume suke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dik sudi cuba resepi akak :)..

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. As slm. Pertama kali sy masak ayam masak merah. Sy guna rsepi ni.. mmg terbaik.. sdp sgt. Sume rase... 1 famli kate sedap. Suami pon suke sgt.alhamdulillah.. terima kasih kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yw dik , thanks juga sudi cuba resepi akak k :)..

      Delete
  17. Akak Delima ... Mohon share resipi ya (;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siler dik sumer resepi boleh disharekan :)...

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum wrt wbt,

    Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.

    Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

    Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
    http://letsmasak.com/register

    Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

    Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.


    Ikhlas daripada,
    Letsmasak.com

    ReplyDelete