Ermmmm cam sedap je nampak nyer kan, mmg sedap pun hehhehe..
Bahan2
4 cawan beras (dibersihkan dan toskan)
1 cawan susu segar
4 cawan air (kalau guna basmathi tambah secawan lg)
1 inci halia (potong panjang dan halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 helai daun bay
2 sudu besar tomato sos
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
3 biji tomato (potong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak tuk menumis (aku guna minyak goreng ayam)
Cara2 Nk Masak
Panas kan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau (aku kuar kan supaya tak terlalu kuat rasa dia nnt). Kemudian masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu.
Bila bawang sudah layu masukkan bawang putih dan halia kacau 1 minit sehingga naik bau wangi dan masukkan tomato masak sampai tomato tu hancur dan kering air dia.
Bila tomato dah kering dan hancur masukkan sos garam dan gula secukup rasa (kalau boleh korang bagi masin sikit supaya bila letak beras dia akan terasa) Kacau selama 1 minit kemudian masukkan daun bay dan juga sos tomato kacau rata lagi.
Masukkan beras dan kacau rata selama 1 hingga 2 minit.
Masukkan air dan juga susu kacau rata dan korang adjust lah rasa masin dia sesuai dengan beras nyer nanti, Tutup periuk dan tanak hingga nasi masak, siap tuk dihidangkan.. Boleh juga dihiaskan dengan kacang peas dan juga daun ketumbar dan bawang goreng.
Aku makan nasi nie ngan Ayam masak merah fuhhh mmg mengancam rasa nyer xcaya nnt korang cuba lah pulak k...
Ok kawan2 mudah kan, jgn malu jgn segan cuba lah sendiri k daaaaaaaaaaa...
Nasi tomato dengan ayam masak merah memang hidangan istimewa Delima! Yang sedapnya nasi tomato tu makan banyak pun tak rasa muak!
ReplyDeletebetul tu Amie mmg padanan yg sesuai kan.. Thanks Amie :)
ReplyDeletetadi copy ayam masak merah, skrg giliran nasinya pulak :) Tq kongsi resepi...:)
ReplyDeleteThanks Eyma sudi cuba resepi D5 :D...
Deletememang menyelerakan
ReplyDeleteMerkasih Bunda :)
Deletehmmm sedapnya...harus cuba ni..heheh tq for sharing ;)
ReplyDeleteThanks mazlen sudi cuba resepi D5 :)
Delete