Wednesday, 17 April 2013

Anugerah Biasiswa Seni Kulinari SSiC

As Salam kawan2 lama aku tak update blog kan adehhhhh bz sgt2 sekarang nie.. Moga2 korang xjemu lah dtg ek ke blog kecil D5 nie.. Nnt biler dah ok ckit D5 akan update kan blog nie balik ek ngan resepi2 yg best hehehhe... Kali nie D5 nk berkongsi sama korang tentang tawaran terbaru dr Silverspoon International College  .  Mungkin ada antara korang yg berminat kan sila lawati laman web rasmi SSiC ok..  Di sini aku serta kan detail2 tentang Anugerah biasiswa seni kulinari SSiC ek tuk pengetahuan dan rujukkan k. Xrugi kalau korang yg berminat dengan kulinari belajar disini tau sbb tenaga pengajar nyer mmg berpengalaman dan peralatan pembelajaran yg lengkap seolah2 korang berada di dapur hotel 5 bintang gitu mmg best xcaya tgk sendiri k.... Xlupe juga aku nk jemput korang datang ke restoran aku yg baru dibuka Restoran Resepi Warisan dekat dengan Giant Seri Kembangan datang ler beramai k mekasih :D..... Jom kiter lihat detail2 tentang anugerah nie k...




ANUGERAH BIASISWA SENI KULINARI SSiC

Dalam komitmen kami menyediakan peluang-peluang pendidikan berasaskan kemahiran kepada anak-anak bangsa, Silverspoon International College (SSiC) dengan besar hati menawarkan biasiswa pengajian kepada pemohon-pemohon yang layak untuk mengikuti kursus Seni Kulinari (Culinary Arts) peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2 selama setahun yang akan bermula pada awal bulan Mei 2013 ini.
Melalui biasiswa penuh ini, calon-calon yang terpilih akan berpeluang untuk membangunkan potensi penuh mereka melalui kemahiran seni kulinari yang bakal dipelajari demi memenuhi aspirasi mereka untuk menjadi seorang Chef yang berjaya serta menyumbang ke arah pembangunan bangsa dan Negara.

Tujuan:

• Membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1 & 2).

• Memberi peluang ke-2, bagi mereka yang gagal untuk mendapat tempat di IPTA walaupun mempunyai syarat yang cukup ataupun yang pernah gagal di peringkat persekolahan dahulu.

• Dengan kemahiran yang bakal diperolehi, pihak SSiC akan cuba memastikan bahawa setiap graduan akan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, seterusnya menurunkan kadar pengangguran di Malaysia.

Biasiswa Seni Kulinari ini merangkumi:

• Yuran Pengajian selama 1 tahun
• Hostel/penginapan disediakan
• Latihan Industri di hotel 4 dan 5 bintang

Kelayakkan:

• Warganegara Malaysia sahaja
• Berumur antara 16 tahun – 45 tahun
• Sekurang-kurangnya lulus PMR/SPM/STPM
• Minat yang mendalam dalam bidang Seni Kulinari
• Aktif dalam ko-kurikulum serta mempamerkan sifat 
kepimpinan yang tinggi
• Sihat tubuh badan
• Berupaya menanggung kos sara hidup sendiri sepanjang 
tempoh pengajian

Berminat? Sila hadirkan diri ke sesi temuduga seperti yang tertera di bawah:

Tarikh: 20hb April 2013 (Sabtu) 
Masa: 9am – 1pm
Tempat: Silverspoon International College 
No. 12-12a, Jalan OP 1/3, One Puchong Business Park
Off Jalan Puchong, 
47160, Puchong
Selangor

PENTING: Sila bawa bersama:

• Sijil-sijil persekolahan/akademik (PMR/SPM/STPM)
• Sijil Berhenti Sekolah 
• Salinan kad pengenalan pemohon dan Ibu/Bapa/Penjaga
• Salinan Sijil Kelahiran/Surat Beranak 
• Salinan Slip Gaji Ibu/Bapa/Penjaga
• 2 keping gambar berukuran passport
• Salinan Penyata Akaun CIMB pemohon (jika ada)
• Bil utiliti (Tenaga Nasional Berhad/SYABAS atau sepertinya)

Nafisz Daniel
Corporate Affairs and Communications Executive
Silverspoon International College
No 12-12A, Jalan OP 1/3, 
One Puchong Business Park,
Off Jalan Puchong,
47160 Puchong,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Mobile : + 6 019-217-1094
Tel: +6 (03) 8075-9923
Fax: +6 (03) 8076-9953


Hah tgk tu dapur tempat blaja best kan fuhhhh aku pun nk hehhehe...


Ok kawan2 kalau sesape yg berminat sila datang sendiri ke Silverspoon International College, jumpe lagi kawan2 daaaaaaaaaaaaaaaaaa....





35 comments:

  1. Congrats for your newly restaurant..Insha Allah kalo ada masa tina datang singgah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih Tina..Jemput lah dtg ek :)

      Delete
  2. Wau.. akak dh ada restoran ek.. teringin sgt nk buka restoran..xpun kedai kek..hehe..tp ilmu masih kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak Kongsi ngan kawan dik kalau sendiri xmampu gak hehhehe :D...

      Delete
  3. wah best nye... macam kat dapur master chef

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu dapur Silverspoon International College mmg lengkap n cantik Norizan, sape2 yg berminat boleh blaja kat sana mmg berbaloi :)..

      Delete
  4. Bestnye ambik kos ni. Asyik masak je kojenye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu abis blaja kompom dpt kerja :)..

      Delete
  5. Alhamdulillah, tahniah Delima atas pembukaan Restoran Resepi Warisan tu... errr.. mana gambarnya? Buat satu entry untuk restoran tu ya, mana tahu tetiba jer SK terjengul depan pintu restoran tu nanti, hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Seri Kandi hehheh nnt dah ok nnt D5 buat N3 hehhehe Thanks ek :)

      Delete
  6. Kakak dah tua tak daya lagi nak belajar culinary bagai itu DZ. Tapi apa yg kakak nak kata tahniah sebab DZ dah buka rastoran baru. Kawan-kawan yg dekat situ bolehlah pergi.mana tahu DZ bagi diskaun hihi....

    Tahniah DZ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehhe sabo je lah akak xpe leh sebarkan kat kawan2 or anak2 or sepupu sepapat :D.. Btw thanks akak, dtg lah ek diskaun leh punyer :)..

      Delete
  7. yeayyy...akak d5 t leh zila dtg sana restoran baru nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh meh dtg Zila hehheh thanks ek :)

      Delete
  8. wah TAHNIAH2...insyaallah klau QH tsesat ke sana...boleh la singgah ke restoran D5 tu...janji free...hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siler2 QH heheheh leh kiter kenal2 :), But bukan D5 masak arr hehhehheheh :)

      Delete
  9. tahniah..salam ukhwah dari bunda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bunda, salam ukhwah dr D5 juga :)..

      Delete
  10. Hi Delima, wow! You have your own restaurant business? Outstanding!
    Love that kitchen....looks really classy.
    I guess you must have a Black belt culinary skills in baking and cooking.
    Here's wishing you all the very best in your business.
    Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Uncle hehhehe Thanks.. Dapur yg kat atas tu dapur Silverspoon International College arrr bukan dapur restoran D5 hehehhehe, Skill culinary D5 masih yellow belt lah uncle nk buat plating pun ke laut lg hehheh btw thanks di atas doa uncle :D..

      Delete
  11. adoiii.. perutku lapo bila masuk blog ni.. mcm2 adaa..

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Tenku Butang :D.. D5 mmg suker kucing n ader 20 ekor kucing semua nyer..

      Delete
  12. Tahniah d5 dh brjaya buka restorn..moga biz brtmbh maju tau..tggu entry ttg restrn tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah zila heheh bz sgr blog pun lama tak update :)

      Delete
  13. syoknye sape yg terpilih ikut kursus kulinari nih
    blh masak2..erm..lapa pulak teringat kat makanan lazat2

    follower ke 261..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
    http://umikasum.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. dik boleh daftar je kat kolej nie klau berminat thanks sudi singgah sini :)..

      Delete

  14. I like your post ,now I must complete my research for my paper.

    Finance Dissertation

    ReplyDelete
  15. You have some really good ideas in this article. I am glad I read this. I agree with much of what you state in this article. Your information is thought-provoking, interesting and well-written. Thank you.

    MBA Dissertation to Buy

    ReplyDelete
  16. kos belajar macammana? mahal x? kena ambik ptptn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Atiqah/Nafis setiap isnin.. 03-80759923 😊

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Kolej tu dia nak orang yang mempunyai minat yang mendalam dalam seni kulinari dan syarat kelayakan sekurang-sekurangnya lulus SPM tapi yang peluang ke 2 untuk orang yang pernah gagal di peringkat sekolah dahulu pun boleh masuk ke

    ReplyDelete